Pokok kelapa banyak memainkan peranan dalam hidup kita samada kita sedar atau tidak. Pokok kelapa amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu amnya. Orang-orang tua pernah bercerita,dulu-dulu, Jepun datang ke Tanah Melayu. Orang Jepun kenal orang Melayu kerana mereka pandai memanjat pokok kelapa.

   Pokok kelapa begitu memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Air kelapa menjadi salah satu air yang paling popular di negara kita. Daripada bawah membawa ke atas, pokok kelapa begitu berguna dalam kehidupan sehari-harian kita. Anak Melayu mana yang tidak kenal akan pokok kelapa?

   Cuba kita mendogak dengan lebih jauh lagi konteks pokok kelapa dalam kehidupan kita. Pokok kelapa tetap berdiri teguh walaupun ditiup angin sederas mana. Dewasa ini, kehidupan kita bagai dibawa arus global bagai lelayang yang putus talinya. Kenapa tidak kita menurut resam pokok kelapa? Walau sekencang mana pun arus globalisasi yang melanda, kita tetap dengan pegagan agama Islam dan kekal dengan adat-adat timur.

   Pokok kelapa yang tumbuh di pesisir pantai walau tidak berbuah, namun tetap memberi manfaat kepada orang-orang di sekitarnya. Pokok kelapa menjadi tempat berteduh bagi keluarga yang mahu meluangkan masa bersama-sama di pantai. Betapa hebatnya pokok ini, mampu memberi nikmat yang sebegitu rupa. Inikan pula kita,manusia yang cukup sifatnya. Mengapa mahu mensia-siakan segala nikmat pancaindera yang diberikan oleh Tuhan Yang Maha Esa?. Setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing,jadi janganlah kita sesekali berputus asa akan kehidupan kita yang serba kekurangan ini.

   Bersama-samalah kita beramal untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Nasihat-menasihatilah kearah kebaikan. Sesungguhnya, nasihat-menasihati ke arah kebaikan itu merupakan satu sedekah. Fikir-fikirkan...






Comments (2)

On 12 March 2011 at 15:36 , K.A.M.I said...

yeahh,,1st to post

 
On 18 March 2011 at 08:01 , Fendi Schyzo said...

hahaha...kelapa pon kelapa laa...

 

our COMMITMENT!!!!!!!